Kembali Logo KEDA

Daftar Akaun

Sila pilih kategori profil anda untuk mula

USAHAWAN
Bantuan Peralatan Perniagaan: Skim bantuan mesin dan peralatan untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran.
Geran Pembungkusan dan Pelabelan: Bantuan untuk menambah baik kualiti pembungkusan produk IKS agar lebih menarik dan menembusi pasaran lebih luas.
Kursus & Latihan: Program bimbingan merangkumi pemasaran digital, pengurusan kewangan, dan penambahbaikan pensijilan (halal/MeSTI).
Penyediaan Premis: Menyewakan lot kedai, bengkel, dan gerai perniagaan pada kadar kompetitif di lokasi strategik.
PERTANIAN
Input Pertanian: Pemberian benih, baja, dan input teknikal.
Projek Pertanian Komersial: Sokongan kepada pembangunan ladang fertigasi (cili, tembikai, timun) dan tanaman bernilai tinggi.
Bantuan Ternakan: Bantuan bina kandang, mesin, dan stok ternakan (ruminan/unggas/air tawar).
Projek Pemulihan Tanah: Menaiktaraf sawah dan tanah terbiar di kawasan terpencil.
KOMUNITI
Program Peningkatan Pendapatan (PPP): Bantuan khusus untuk membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan.
Bantuan Perumahan: Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) merangkumi pembinaan rumah baharu dan baik pulih rumah.
Pembangunan Infrastruktur: Pembinaan dan menaik taraf jalan perhubungan desa (JPD), dewan orang ramai, dan surau.
Bantuan Kebajikan: Bantuan awal, program santapan rohani, dan sumbangan kepada komuniti desa.